Thursday 20 November 2008

Mungkin, Mungkinkah

Guruh berdentam.
Bagai bunyi hati
yang bergendang
cinta untukmu.

Apa mungkin kau tahu?
Apa mungkin kau rasa?

Mungkinkah
akan ada kita
menari indah
di laman rindu?

Mungkinkah
akan ada
kisah kita?

2114/19-10-2008

Puisi lama.
Tapi aku baru jumpa.
Dalam buku teks math aku.
HAHAHA.
Masa belajar pun sempat bikin puisi.

Tuesday 18 November 2008

Mungkin Sama, Tapi Tidak

Lewat ini,
aku sering lihat bulan.
Bulan purnama.
Melihatkan itu,
aku sering ingatkan kau
yang munkin melihatkan bulan itu juga.
Bulan yang sama.

Siang semalam,
aku terlihat terik mentari.
Panasnya mengingatkan aku pada kau.
Yang mungkin berpeluh olehnya.
Mentari yang sama.

Tapi tidak.
Bulan yang kau lihat
mana mungkin sama
indahnya dengan bulan yang ku lihat.

Tapi tidak.
Mentari yang kau peluhkan itu
mana mungkin sama
dengan apa yang aku peluhkan.

Mungkin.
Mungkin.
Mungkin.

Mungkin sama, tapi tidak.

2043/18-11-2008

Saturday 15 November 2008

Aku Rindu

Aku rindu
gurau senda
sama dia.

Aku rindu
menangis di bahu dia
sambil dia menepis tangis itu.

Aku rindu
mendengar
nasihat-nasihatnya.

Aku rindu
mendengar
celoteh-celoteh bernasnya.

Aku rindu.
Aku rindu.
Aku rindu.


0115/15-11-2008

Aaahhhhhh!
Entah berapa baldi aku nagis buat poem ni.
Lagi-lagi lepas baca entry kat blog along.

Tuesday 11 November 2008

Kau Tak Akan Faham

Aku ini manusia rumit.
Kau tak akan faham.

1524/11-11-2008

Aku sedih bila kau orang buat aku macam tak ada harga.
Aku tahu lah aku ini rumit, sukar difahami.
Tapi, tolong.

Friday 7 November 2008

Dialah Itu

Dialah itu,
yang tetap akan
menyambut aku
di gaung kegagalan
walau sedalam mana.

Dialah itu,
yang tetap akan
memegang jemari aku
di puncak kejayaan
walau setinggi mana.

Dialah itu,
yang akan tetap
aku cinta
sampai bila pun.

Dialah itu,
abahku.

2102/07-11-2008

Tuesday 4 November 2008

Hey

Hey hati,
sudahlah.

Hey jiwa,
cukuplah.

Hey kamu,
sedarlah.

Kamu sudah banyak hancur.
Kamu perlu berhenti meratap.
Kamu memang selalu ditekan!

1959/04-11-2008

'Terima Kasih'

'Terima kasih',
sebab kau manusia paling banyak buat aku menangis.

'Terima kasih',
sebab kau, aku makin tak sihat.

'Terima kasih',
sebab kau manusia yang tak pernah kenal aku.

'Terima kasih',
sebab kau manusia yang tak pernah faham aku.

'Terima kasih',
sebab kau aku jadi pemberontak.

'Terima kasih',
sebab kau aku mahu mati.

'Terima kasih'.
'Terima kasih'.
'Terima kasih'.

1955/04-11-2008

Monday 3 November 2008

Because I Felt Bad

I've said bad thing about you
I've underestimated you
in front of your friend
your good friend.
I shouldn't did that.
It makes me feel bad.
But you were there
saying nothing.
Your face expressionless.

I thought about it
for few nights.
Should I or shouldn't I
ask for forgiveness.
I decide
"I should."

Just now
I said sorry to you.
Like you always said
"It's okay."
That's not enough for me.

So I hold your biceps
and say it again.
Then you smile
"It's not a big deal."

By that
I'm sure enough
you already forgive me.
I know
because I knew you well.

I ask for
forgiveness
because I felt bad.
And if I didn't
I'll felt like
I'm stabbing you.

1431/03-11-2008

Saturday 1 November 2008

Aku Tak Dapat Tahan

Sudah lama
aku cuba
rahsiakan
hal ini.

Tapi,
aku tak
berdaya
menahan.

Kau tahu
juga
nanti,
akhirnya.

2328/01-11-2008