Monday 30 August 2010

Malam Sepi

Dan bila malam sepi tiba
aku teringat kisah kita
di hari itu.
Tertawa bagai dunia kita yang punya.
Anggapan orang kita tolak ke tepi.
Kerana pada kita,
kau hanya untuk aku
dan aku hanya untuk engkau.

Dan bila malam sepi tiba juga
aku teringat kisah kita
di hari itu.
Yang berjanji setia selamanya.
Selamanya dan sentiasa.
Kerana pada kita,
yang lain tidak penting.
Asal ada kau dan aku.

Dan di kala malam sepi
aku teringat yang ini semua sebenarnya
adalahlah kisah lampau.
Kisah angan-angan aku bersama kau.
Yang tak mungkin dinyatakan.

2024/29-08-2010

Friday 20 August 2010

Indah

Khabarkan yang indah-indah
dan yang manis-manis sahaja.

Biar hidup jadi senang.
Biar hidup tampak sempurna.
Biar semuanya lebih baik.
Biar semua bagai fantasi.

2345/20-08-2010