Friday 31 October 2008

Aku Lari

Aku ini sedang lari.

Lari dari semua yang menyesakkan.
Lari dari semua yang menyakitkan.
Lari dari semua yang menakutkan.
Lari dari semua yang membencikan.
Lari dari semua yang menghancurkan.
Lari dari semua yang mahu aku tinggalkan.

Juga,

lari kepada yang di depan
yang belum pasti.

1810/31-10-2008

It's Random

By random pick,
I picked you.
Who turn out
to be someone who I like.

1140's/31-10-2008

Thursday 30 October 2008

Rintihku

Aku di sini,
di sisi kau.
Walau dekat,
rintihku tak kau dengar.

"Aku mahu kau di sini.
Terus di sini.
Kekal di sini.

Bercinta.
Berkasih.
Bersayang.

Hanya kita."

1145/30-10-2008

Wednesday 22 October 2008

Tiga Segi

Aku.
Kau.
Dia.

Ia, tiga segi.

0840/22-10-2008

Tuesday 21 October 2008

Tuhan

Tuhan,
pegang hati aku,
pegang jemari aku.
Aku ini kurang upaya.

2149/21-10-2008

Tuesday 7 October 2008

Lebaran

Lebaran datang lagi.

Apa makna lebaran di hati kita-kita ini?

Sambutan kemenangan?
Hari suka ria?
Atau...
Hanya satu lagi hari yang datang dan pergi?

Apa?
Apa maknanya?

Bagi aku,
ini..

Ia hari kemenangan,
setelah sebulan berpuasa.
Ia menjernihkan segala yang keruh,
tinggal dan lupakan semua yang dulu itu.
Ia hari kegembiraan,
bagi anak-anak kerana paket berisi itu.
Ia hari kedukaan,
bagi mereka yang jauh.
Ia hari kita bersyukur,
kerana dapat bertemu dua yang mulia, Ramadhan dan Syawal.
Ia hari harapan,
agar berjumpa lagi berdua itu tahun mendatang.

Ia,
apa yang ku gelar lebaran.

1926/07-10-2008