Wednesday 30 July 2008

Tangis

Aku menangis lagi.
Semalam sudah,
hari ni lagi.

Aku tak faham.
Kenapa begini?

1606/30-07-2008

Monday 28 July 2008

Sikit Aja

Sikit.
Dikit.
Sedikit.

Hanya itu aku perlukan.
Hanya sedikit.
Tak apa.
Aku puas.
Lebih baik daripada kosong.

1347/28-07-2008

Wednesday 16 July 2008

Kebodohan Cinta

Cinta,
apa kau bodoh atau buta?
Ya, aku memang bodoh.
Sayang kau tapi pendam sorang-sorang.
Tak apa.
Aku lebih senang hancur,
daripada lihat kau yang hancur.
Walau terpaksa ku telan pahit hempedunya.
Tapi, apa kau perlu jadi seperti aku?
Tak, kau tak perlu.

Dia depan mata.
Dia selalu di samping kau.
Dia senyum bila kau senyum.
Dia sama nangis bila kau nangis.
Dia ikut rasa apa yang kau rasa.

Dia, temanku yang ku sayang.
Teman ketika aku gila.

Aku tau.
Geram itu perit.
Cemburu itu sakit.
Marah itu pedih.

Tapi,
langkahmu terlalu jauh.
Meninggalkan dia tanpa kata putus.
Membuat dia ternanti-nanti,
jawapan yang patut kau nyatakan,
lama dulu.

Apa sudah jadi?
Mana Cinta yang aku kenal dulu?
Cinta yang fikir sebelum kata dikeluarkan.
Cinta yang tak pernah dengar dari sebelah pihak.
Cinta yang jaga batas pergaulannya.
Cinta yang amarahnya dikawal.
Mana?
Mana kau pergi wahai Cinta?

Kembali seperti dulu.
Kau yang sepatutnya.
Bukan kau yang sekarang.
Yang jauh menyimpang.

1830/16-07-2008

Kenapa aku sering pentingkan kebahagiaan orang lain?
Kerana, mereka permata hidup aku.
Kerana aku mau mereka tetap senyum, walau aku sedih.

Saturday 12 July 2008

Malam Ini

Bintang-bintang bertaburan,
di langit luas malam ini.
Bagai tersenyum bintang itu.
Ku tanya padanya,
"Bintang, Cinta bagaimana?
Okey kah dia?
Kau jagalah dia.
Bantu aku."

Dan malam ini,
aku tidur dengan berselimutkan bintang itu.
Dan dengan harapan,
aku bangkit esok pagi,
kau katakan padaku,
"Sayang, kau yang aku tunggu selama ini.
Mari ku rangkul kamu."

2238/12-07-2008

Thursday 10 July 2008

Kau

Cinta,
adakah kau ingat ini?

Duit seringgit tiga helai.
Sehelai kertas kajang.
Patung haiwan kecil comel.
Lagu yang kau mainkan.

Semua ini,
tanda kenangan kita.
Aku simpan.
Aku simpan,
jauh di lubuk hati paling dalam.
Sampai bila pun.

Kau tak tahu.
Aku tak pernah nyatakan.
Mungkin kau takkan pernah tahu.
Kerna,
kau, dia atau sapa saja,
tak pernah tau akan kewujudan rasa ini.

2043/10-07-2008

Ahh, Cinta. Kau indah! Jaga diri ya.

Friday 4 July 2008

Saat Itu

Saat itu.
Saat kita tertawa.
Pertama kali setelah sekian lama.
Aku senang,
bila kita begitu.
Aku suka,
kita yang begitu.
Aku sayang kau.
Harap kau tau itu.

1303/04-07-2008
Buat teman yang telah aku kenal selama hampir 7 tahun.

Tuesday 1 July 2008

Kenapa

Kau hilang setelah sekian lama.
Kenapa kau kembali?
Untuk kucar-kacir kan lagi hidup aku?
Untuk hancurkan hidupku yang sedia hancur?
Untuk apa?
Tolong.
Hilangkan dirimu.
Untuk ketenanagn hati ku.
Aku bahagia sekarang.
Bersama kelompok teman.
Yang menyayangi, yang memahami.
Cuma ini pinta ku sekarang.
Hilang, hilang.
Pergi dan jangan datang lagi.
Tolong.

1430/02-07-2008

Kau yang suruh aku lupakan kau. Sekarang kau yang cari aku. Apa cerita?