Friday 3 April 2009

Untuk Seorang Aku

Untuk seorang aku,
jatuh cinta bukan mudah.
Aku perlu rasa yang dalam
yang ikhlas, yang luhur.
Bukan rasa yang pura-pura.
Aku bukan lagi dia yang senang jatuh cinta
hanya kerana kata-kata manis.

Untuk seorang aku,
pelajaran bukan mudah.
Aku bukan anak-anak pintar.
Aku perlu ruang belajar.
Aku perlu betul-betul memahami sesuatu itu.

Untuk seorang aku,
kehidupan bukan mudah.
Aku bukan anak hartawan.
Aku hanya anak pekerja kerajaan.
Aku tidak dilimpahi dengan harta yang banyak.
Aku tidak dimanjakan dengan material.

Untuk seorang aku,
segalanya bukan mudah.
Tetapi, ianya tidak mustahil.

1657/03-04-2009

3 comments:

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

segalanya akan mudah jika disertakan kesedaran diri (kesedaran dari titik paling dalam) ... selamat berjaya dalam segala urusan kamu.

Anonymous said...

hidup yang tidak mudah itu yang selalunya mendewasakan

=)

Ayyman Rahim said...

Untuk seorang dedicate untuk kita kah? :)