Wednesday 10 September 2008

Cerita Tentang Kita

Kenapa terhasilnya puisi ini?
Kerana saya amat menghargai persahabatan kami selama 6 tahun ini.

Kenapa dia dan bukan yang lain?
Kerana dia kenal saya luar dan dalam. Kerana dia adalah seorang teman yang sangat menerima saya seadanya.

Kenapa memanggilnya 'handsome'?
Sebab dia memanggil saya 'chubby'. Untuk membalas saya memanggilnya 'handsome' kerana dia lagi handsome dari dulu.

Tak takut ke orang akan gosipkan kalian?
Persetankan itu semua. Kami tahu siapa kami, kami tahu apa kami buat. Apa perlu takut. Lagi pula jika mereka-mereka yang tiada kerja lain selain menggossipkan orang itu membuat gosip tentang kami, terima kasih saya ucapkan. Anda tolong memberi kami pahala dan ianya menambahkan dosa kamu. Jadi, tak perlulah bercerita yang enggak-enggak.

Dia tahu anda membuat puisi tentangnya? Anda minta izin dulukah?
Ya, dia tahu. Tak, saya buat tanpa izin dia. Kerana ini tentang penghargaan, kenapa saya perlu beritahu awal-awal?
_________________________

Cerita ini,
cerita tentang kita.
Tentang hubungan 6 tahun ini.

Kita tak pernah seiring pada mulanya.
Bergaduh itu makanan harian.
Kau beri, aku balas.
Bermacam nama kau beri, panggil.
Kau dan konco-konco kau sama sahaja.
Begitu juga aku.
Kita sering berlawan kata.

Tak lama selepas itu,
kita rapat.
Walaupun tidak serapat isi dan kuku.
Tapi, perang mulut masih ada.

Dalam diam,
kita meyimpan perasaan.
Tiada seorang pun tahu.
Hingga akhir zaman itu.

Setelah itu, kita terpisah.
Kerana sekolah yang berbeza.
Jarak memisahkan kita.
Dari hanya dua buah taman perumahan
ke dua buah negeri.
Kita putus hubungan.

Aku fikir kau lupa pada aku.
Tanpa ku tahu,
kau cuba jejaki aku kembali.

Satu hari,
aku terima satu panggilan asing.
Aku yang sangat tak suka diganggu orang luar,
hampir sahaja memaki-hamun kau.
Setelah kau memperkenalkan diri,
hatiku berkata,
"Ahh, sudah jumpa!"

Sejak itu,
kita sering berhubungan.
Paling tidak dua kali seminggu
pasti aku terima panggilan dari Raub.

Sampai satu ketika,
hampir dua purnama kau menyepi.
Rupanya kau kesusahan.
Menjalani pembedahan.
Setelah kau sembuh baru aku tahu.
Tika itu juga aku khabarkan sakitku.

Saat itu juga aku tahu.
Dulu, kau rapat denganku bersebab.
Kerana dicabar.
Tak apa.
Aku tau, lepas itu kau ikhlas berteman denganku.

Izzat bin Zainal,
aku hanya ingin kau tahu.

Selama mana pun kita bertekak
selama mana pun kita ketawa
selama mana pun kita menangis
selama mana pun kita bermusuh
selama mana pun hayat dikandung badan.

Aku tetap menyayangimu.

Sebagai teman yang setiasa di sisi
sebagai teman yang sentiasa menyayangi
sebagai teman yang sentiasa mengingatkan
sebagai teman yang sentiasa mengingati
sebagai teman yang sentiasa melindungi.

Ini dia,
cerita tentang kita.
Yang akan terus kita corakkan
sampai akhir hayat ini.

1400's/10-09-2008

Ahh, puisi ini sungguh menyentuh perasaan. Serta yang terpanjang pernah aku karang.
Anda jangan salah faham. Kami hanya kawan.
Izzat, aku harap kita tak terpisah lagi.
Ya, aku tetap ingat janji McDonalds aku. Jangan risau. Hayat panjang, aku pasti tunaikan.
Hey handsome, kau tahu aku sayangkan kau dan persahabatan kita kan?
Hehehe.
*senyum riang*

No comments: