Tuesday, 2 December 2008

Top Friends

Ada lima semuanya.
Semuanya gadis.

Ada yang seumur hidup sudah aku kenal,
ada yang baru aku kenal beberapa tahun,
ada yang baru beberapa bulan, tanpa pernah bersua.

Setiap satunya memberi pengaruh besar dalam hidup.
Baik dari tulisan harian mereka.
Baik dari tulisan puisi mereka.
Mahupun cuma kata-kata mereka.

Aku sayang mereka.
Aku cinta mereka.

Tanpa mereka aku sudah lama mati.

Mati hati.
Mati jiwa.

1622/02-12-2008

Merujuk top friends di myspace aku.
Mahu stalk? Silakan.

Thursday, 20 November 2008

Mungkin, Mungkinkah

Guruh berdentam.
Bagai bunyi hati
yang bergendang
cinta untukmu.

Apa mungkin kau tahu?
Apa mungkin kau rasa?

Mungkinkah
akan ada kita
menari indah
di laman rindu?

Mungkinkah
akan ada
kisah kita?

2114/19-10-2008

Puisi lama.
Tapi aku baru jumpa.
Dalam buku teks math aku.
HAHAHA.
Masa belajar pun sempat bikin puisi.

Tuesday, 18 November 2008

Mungkin Sama, Tapi Tidak

Lewat ini,
aku sering lihat bulan.
Bulan purnama.
Melihatkan itu,
aku sering ingatkan kau
yang munkin melihatkan bulan itu juga.
Bulan yang sama.

Siang semalam,
aku terlihat terik mentari.
Panasnya mengingatkan aku pada kau.
Yang mungkin berpeluh olehnya.
Mentari yang sama.

Tapi tidak.
Bulan yang kau lihat
mana mungkin sama
indahnya dengan bulan yang ku lihat.

Tapi tidak.
Mentari yang kau peluhkan itu
mana mungkin sama
dengan apa yang aku peluhkan.

Mungkin.
Mungkin.
Mungkin.

Mungkin sama, tapi tidak.

2043/18-11-2008

Saturday, 15 November 2008

Aku Rindu

Aku rindu
gurau senda
sama dia.

Aku rindu
menangis di bahu dia
sambil dia menepis tangis itu.

Aku rindu
mendengar
nasihat-nasihatnya.

Aku rindu
mendengar
celoteh-celoteh bernasnya.

Aku rindu.
Aku rindu.
Aku rindu.


0115/15-11-2008

Aaahhhhhh!
Entah berapa baldi aku nagis buat poem ni.
Lagi-lagi lepas baca entry kat blog along.

Tuesday, 11 November 2008

Kau Tak Akan Faham

Aku ini manusia rumit.
Kau tak akan faham.

1524/11-11-2008

Aku sedih bila kau orang buat aku macam tak ada harga.
Aku tahu lah aku ini rumit, sukar difahami.
Tapi, tolong.

Friday, 7 November 2008

Dialah Itu

Dialah itu,
yang tetap akan
menyambut aku
di gaung kegagalan
walau sedalam mana.

Dialah itu,
yang tetap akan
memegang jemari aku
di puncak kejayaan
walau setinggi mana.

Dialah itu,
yang akan tetap
aku cinta
sampai bila pun.

Dialah itu,
abahku.

2102/07-11-2008

Tuesday, 4 November 2008

Hey

Hey hati,
sudahlah.

Hey jiwa,
cukuplah.

Hey kamu,
sedarlah.

Kamu sudah banyak hancur.
Kamu perlu berhenti meratap.
Kamu memang selalu ditekan!

1959/04-11-2008