Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Wednesday, 9 November 2011

teruna dan gadis; janji dimungkiri

dua hari lepas, teruna dijanji gadis untuk ke pasar malam.
kerana sudah 3 hari tidak bertemu katanya.

tiba harinya, janji dimungkiri.
tanpa dikhabarkan gadis tahu teruna berjauh hati.
berjauh hati kerana hajat untuk bertemu sang separuh tidak kesampaian.

gadis pohon dimaafkan.
akan tetapi, teruna yang sangat berjauh hati belum mahu mendekat.
dia rasa seperti gadis tidak endah apa yang dirasanya.

gadis jadi bingung.
'apa perlu dibuat?' tanya hati.

lalu hati bersuara.
katanya, 'sampaikan sahaja maafmu. andai dia belum mahu memaafkan, disabarkan sehingga dia sejuk.'

0108/09-11-2011

Friday, 20 August 2010

Indah

Khabarkan yang indah-indah
dan yang manis-manis sahaja.

Biar hidup jadi senang.
Biar hidup tampak sempurna.
Biar semuanya lebih baik.
Biar semua bagai fantasi.

2345/20-08-2010

Tuesday, 20 April 2010

Lari

Aku berlari tanpa tahu kepada apa atau dari apa aku lari.
Mungkin kepada masa hadapan yang belum pasti.
Mungkin juga dari masa lalu yang menyakitkan.
Atau mungkin juga aku lari dari diri sendiri.

1739/20-04-2010

Saturday, 23 January 2010

Kenapa

Kalau bukan aku,
kenapa aku kau cari.
Saat kau memerlukan?
Mengapa aku?
Dan bukan dia?
Yang kau kata sayang.

2256/11-06-2008

Usaha Untuk Yang Dipinjam

Bulan, bintang, awan, langit segala
bukan mudah untuk digapai
jatu ke riba tidak sekali akan jadi.

Semua mahu usaha.
Usaha sayang.

Maka usahalah,
agar bulan, bintang, awan, langit
akan dapat kau simpan dalam kocek.
dekat denganmu.

Tapi ingat,
biarpun usaha
bulan, bintang, awang, langit
sementara hanya dipinjam kepadamu.
Jangan lupa Dia, jangan lupa syukur.
Jika tidak semuanya hilang.
bagai debu ditiup angin.

0149/23-01-2010

Andai Bisa

Andai bisa aku
padam peristiwa hitam dulu
akan aku lakukan.
Agar apa yang aku ada
hanya yang bahagia.

Andai bisa aku
ulang semula mimpi indah semalam
akan aku rakam dan diulang tayang
seperti filem kegemaran.

Andai bisa aku
lari dari mereka yang aku benci
aku lakukan juga.
Agar mereka senang
tanpa aku didunia mereka.

2232/19-10-2009

Biar Bulan Bicara

Biar bulan bicara
tentang semalam yang gelap
tentang mimpi ngeri aku dulu
tentang kita yang tak mungkin bersatu.

Dan biar bulan bicara
tentang hari-hari indah aku
tentang hari yang tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk.

Biar bulan bicara
tentang kejamnya dunia
dan masa depan yang mungkin cerah.

1624/18-10-2009

Sunday, 6 September 2009

Moga Sahaja

Moga malam ini tidur ku adalah tidur paling panjang.
Moga malam ini aku diserap ke dalam mimpi.
Dalam mimpi yang indah.
Moga esok aku tidak bangun terus,
untuk melihat neraka dunia.

2209/06-09-2009

Tuesday, 1 September 2009

Bila Aku Bilang Aku Cinta

Bila aku bilang aku cinta
akan aku belai
akan aku manja
akan aku cinta seluruhnya.

Bila aku bilang aku cinta
akan aku jaga
akan aku pelihara
akan aku simpan selamanya.

Bila aku bilang aku cimta
aku tak dapat bohong
apa aku rasa
apa aku ada
kerana ia sudah terpancar
di wajah aku
di cakap aku
di bahasa tubuh aku.

Bila aku bilang aku cinta
maknanya akan aku cinta sampai bila-bila.
Habisnya bila aku tak tahu.
100 tahun lagi kah?
1000 tahun lagi kah?
Aku tak tahu.
Mungkin kekal, mungkin tidak.
Aku tak tahu.
Yang pasti hentinya cinta bila kau hempas hati ini.

0952/01-09-2009

Monday, 29 June 2009

Bisakah

Bila malam datang aku teringat kamu...
dan masa-masa indah kita yang lama dulu.

Lalu satu persoalan muncul.
Kenapa hubungan itu hancur?
Mana pergi cinta?
Mana hilang rasa?
Mana lari percaya?

Tidakku tahu kenapa ini timbul.
Mungkin aku ingin bertemu dan bercakap sama kamu lagi.

Bisakah?

0130/29-06-2009

Wednesday, 24 June 2009

Angin Petang 24 Jun

Keganasan angin yang Kau kirimkan siang tadi
membuatkan aku ingin terus berada dalam keadaan paling rendah.
Akan tetapi keadaanku tidak mengizinkan.
Aku kotor hari ini.

Tuhan, hari akhir itu sudah hampirkah?
Nanti dulu Tuhan.
Amalku belum cukup untuk mengelak hitam di dahi.

2026/24-06-2009

Friday, 3 April 2009

Untuk Seorang Aku

Untuk seorang aku,
jatuh cinta bukan mudah.
Aku perlu rasa yang dalam
yang ikhlas, yang luhur.
Bukan rasa yang pura-pura.
Aku bukan lagi dia yang senang jatuh cinta
hanya kerana kata-kata manis.

Untuk seorang aku,
pelajaran bukan mudah.
Aku bukan anak-anak pintar.
Aku perlu ruang belajar.
Aku perlu betul-betul memahami sesuatu itu.

Untuk seorang aku,
kehidupan bukan mudah.
Aku bukan anak hartawan.
Aku hanya anak pekerja kerajaan.
Aku tidak dilimpahi dengan harta yang banyak.
Aku tidak dimanjakan dengan material.

Untuk seorang aku,
segalanya bukan mudah.
Tetapi, ianya tidak mustahil.

1657/03-04-2009

Tuesday, 10 March 2009

Angin Petang

Sesepoi bahasa ia datang.
Sentuhan selembut sutera ia beri.
Menerbang lalu pasir, dedaun di laman.
Bagai menerbangkan juga kusut di hati.
Bukan kusut seorang.
Tetapi kusut kami bersama.

Alangkah bagus jika selalu datang.

1838/10-03-2009

Thursday, 26 February 2009

Hujan

Sekarang tengah hujan.
Lebat sangat.

Bau itu.
Bau hujan.

Aku suka.
Buat aku tenang.

1542/26-02-2009

Aku Mahu Ke Sana

Mahu hati ini
malangkah
ke sebalik
gunung sana.

Mana tahu.
Mungkin
rumput di sana
lebih hijau.
Mungkin
segala di sana
lebih baik.

Mana yahu.

Tapi
apakan daya.
Kudrat ku tiada.
hanya separuh perjalanan
patah sudah semangat ku.

*mengeluh*

1506/26-02-2009

Monday, 5 January 2009

Tak Ada Awak, Semua Jadi Lain.

Hari pertama sekolah.
Awak tak ada.
Rasa lain.

Kita senyap.
Dia senyap.
Ada dia tu, lagi senyap.
Senang cerita, semua senyap lah.
Kurang bercakap.
Kalau ada lawak pun,
macam hambar.

Awak,
kita nak kasi tau ni.
Kita semua sayang awak.
Kita semua rindu awak.
Serius.

Awak tak ada, semua jadi lain.
Rehat dan balik sekolah jadi lain.
Nanti, masa sukan jadi lain.
Nanti, basketball dah tak ada fun kalau awak tak ada.

Hajar, lain tau.

1525/05-01-2009

Mmg kita xrapat sgt dgn awk. Tapi awk antara kwn perempuan yg jujur dgn kita.
Kalau bkn psl awk, mungkin sampai hari ni kita still pakai tudung hitam. haha.
Igt lg tak masa hari skn masa kita darjah5 dulu. Kita harap awak igt. Sbb seigt kita, tu antara masa2 1st kita ckp dgn awk. :')
Jgn lupa kita org eyh?

ps: kita nangis tau buat ni.

Tuesday, 2 December 2008

Top Friends

Ada lima semuanya.
Semuanya gadis.

Ada yang seumur hidup sudah aku kenal,
ada yang baru aku kenal beberapa tahun,
ada yang baru beberapa bulan, tanpa pernah bersua.

Setiap satunya memberi pengaruh besar dalam hidup.
Baik dari tulisan harian mereka.
Baik dari tulisan puisi mereka.
Mahupun cuma kata-kata mereka.

Aku sayang mereka.
Aku cinta mereka.

Tanpa mereka aku sudah lama mati.

Mati hati.
Mati jiwa.

1622/02-12-2008

Merujuk top friends di myspace aku.
Mahu stalk? Silakan.

Thursday, 20 November 2008

Mungkin, Mungkinkah

Guruh berdentam.
Bagai bunyi hati
yang bergendang
cinta untukmu.

Apa mungkin kau tahu?
Apa mungkin kau rasa?

Mungkinkah
akan ada kita
menari indah
di laman rindu?

Mungkinkah
akan ada
kisah kita?

2114/19-10-2008

Puisi lama.
Tapi aku baru jumpa.
Dalam buku teks math aku.
HAHAHA.
Masa belajar pun sempat bikin puisi.

Tuesday, 18 November 2008

Mungkin Sama, Tapi Tidak

Lewat ini,
aku sering lihat bulan.
Bulan purnama.
Melihatkan itu,
aku sering ingatkan kau
yang munkin melihatkan bulan itu juga.
Bulan yang sama.

Siang semalam,
aku terlihat terik mentari.
Panasnya mengingatkan aku pada kau.
Yang mungkin berpeluh olehnya.
Mentari yang sama.

Tapi tidak.
Bulan yang kau lihat
mana mungkin sama
indahnya dengan bulan yang ku lihat.

Tapi tidak.
Mentari yang kau peluhkan itu
mana mungkin sama
dengan apa yang aku peluhkan.

Mungkin.
Mungkin.
Mungkin.

Mungkin sama, tapi tidak.

2043/18-11-2008

Saturday, 15 November 2008

Aku Rindu

Aku rindu
gurau senda
sama dia.

Aku rindu
menangis di bahu dia
sambil dia menepis tangis itu.

Aku rindu
mendengar
nasihat-nasihatnya.

Aku rindu
mendengar
celoteh-celoteh bernasnya.

Aku rindu.
Aku rindu.
Aku rindu.


0115/15-11-2008

Aaahhhhhh!
Entah berapa baldi aku nagis buat poem ni.
Lagi-lagi lepas baca entry kat blog along.