Saturday, 23 August 2008

Smile Part 2

You could hear my voice.
Even when I spoke very soft.
We are not even sitting close.
And that made me smile.

The way you joke with me,
made me smile.

And at random,
when you catch my eyes,
when our eyes look into each others,
you just made me smile.

Smile.
Just like Charlie Chaplin once wrote.

2347/15-08-2008

Wednesday, 6 August 2008

Tolehan

Aku toleh belakang.
Kau tiada.
Aku toleh lagi.
Lagi lagi kau tiada.
Aku terus cari.
Namun,
kau tetap tiada.
Aku penat.
Aku toleh ke depan.

Kini,
aku toleh ke belakang.
Kau di situ.
Depan mata aku.
Tersenyum.

Ikhlas. Menawan. Tampan.

1128/06-08-2008
*Senyum sendiri. MALU!

Tuesday, 5 August 2008

17 Bulan

Esok genap 17 bulan kita rapat.
Banyak sudah kita kongsi.

Saat duka, saat suka.
Saat tangis, saat tertawa.
Semua bersama.

Mulanya malu-malu.
Tak sangka,
sampai sini sudah kita.

Aku harap,
sungguh harap,
benar-benar harap.

Kita kekal sampai ke tua.

1554/05-08-2008
Iya. Kenal dah lama. Tapi rapat dan jadi kawan yang baru.

Wednesday, 30 July 2008

Tangis

Aku menangis lagi.
Semalam sudah,
hari ni lagi.

Aku tak faham.
Kenapa begini?

1606/30-07-2008

Monday, 28 July 2008

Sikit Aja

Sikit.
Dikit.
Sedikit.

Hanya itu aku perlukan.
Hanya sedikit.
Tak apa.
Aku puas.
Lebih baik daripada kosong.

1347/28-07-2008

Wednesday, 16 July 2008

Kebodohan Cinta

Cinta,
apa kau bodoh atau buta?
Ya, aku memang bodoh.
Sayang kau tapi pendam sorang-sorang.
Tak apa.
Aku lebih senang hancur,
daripada lihat kau yang hancur.
Walau terpaksa ku telan pahit hempedunya.
Tapi, apa kau perlu jadi seperti aku?
Tak, kau tak perlu.

Dia depan mata.
Dia selalu di samping kau.
Dia senyum bila kau senyum.
Dia sama nangis bila kau nangis.
Dia ikut rasa apa yang kau rasa.

Dia, temanku yang ku sayang.
Teman ketika aku gila.

Aku tau.
Geram itu perit.
Cemburu itu sakit.
Marah itu pedih.

Tapi,
langkahmu terlalu jauh.
Meninggalkan dia tanpa kata putus.
Membuat dia ternanti-nanti,
jawapan yang patut kau nyatakan,
lama dulu.

Apa sudah jadi?
Mana Cinta yang aku kenal dulu?
Cinta yang fikir sebelum kata dikeluarkan.
Cinta yang tak pernah dengar dari sebelah pihak.
Cinta yang jaga batas pergaulannya.
Cinta yang amarahnya dikawal.
Mana?
Mana kau pergi wahai Cinta?

Kembali seperti dulu.
Kau yang sepatutnya.
Bukan kau yang sekarang.
Yang jauh menyimpang.

1830/16-07-2008

Kenapa aku sering pentingkan kebahagiaan orang lain?
Kerana, mereka permata hidup aku.
Kerana aku mau mereka tetap senyum, walau aku sedih.

Saturday, 12 July 2008

Malam Ini

Bintang-bintang bertaburan,
di langit luas malam ini.
Bagai tersenyum bintang itu.
Ku tanya padanya,
"Bintang, Cinta bagaimana?
Okey kah dia?
Kau jagalah dia.
Bantu aku."

Dan malam ini,
aku tidur dengan berselimutkan bintang itu.
Dan dengan harapan,
aku bangkit esok pagi,
kau katakan padaku,
"Sayang, kau yang aku tunggu selama ini.
Mari ku rangkul kamu."

2238/12-07-2008